RSS Feed

Sunday, October 10, 2010

PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

Pengujian :
Didefinisikan sebagai prosedur bersistem yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperlihatkan ciri pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan (Nitko, 2004)

Penilaian:
Penilaian ditakrifkan sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar (Nitko, 2004)

KEMAHIRAN MEMBACA:
# Merupakan salah satu kemahiran yang terletak
di bawah kemahiran bahasa iaitu:
- kemahiran mendengar
- kemahiran bertutur
- KEMAHIRAN MEMBACA
- kemahiran menulis

# Satu proses yang komplek yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.

JENIS PENGUJIAN KEMAHIRAN MEMBACA :

Terdapat 2 jenis bacaan:
1. Bacaan senyap
- Senyap-untuk terima komunikasi
Mengikut Frank Smith (1980) terdapat dua jenis
bacaan senyap :
- Bacaan fungsian- untuk tujuan khusus atau tertentu mendapatkan maklumat apabila seseorang
itu merujuk dan membaca.
cth: kamus, buku teks, ensiklopedia, dan lain-lain.
- Bacaan rekreasi - untuk mengisi masa lapang dan
tujuannya untuk mendapatkan keseronokan
cth: novel, cerpen, majalah, surat khabar dll

2. Bacaan lisan / nyaring
- Bertujuan untuk menyampaikan atau menyalurkan komunikasi

Taksonomi Kefahaman Bacaan

Memandangkan kepada Teksonomi Bloom tidak begitu
mengkhususkan kepada pembelajaran melalui pembacaan
semata-mata- ia jarang digunakan dalam pengujian bacaan
senyap.

Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terhadap
Teksonomi Bloom oleh ahli bahasa seperti :
1. Smith (1969):
2. Barnett (1972)
3. Lamberg & Lamb (1980)




Smith (1969):
Frank Smith membahagikan kefahaman bacaan kepada empat:

Literal
Pentafsiran
Penilaian kritis
Kreativiti


Barnett (1972)
Barnett pula membahagikan kefahaman bacaan kepada lima iaitu:

Literal
Penyimpulan
Pentafsiran
Penilaian
Penikmatan

Lamberg & Lamb (1980)
Membahagikan kefahaman bacaan hanya kepada tiga tahap iaitu:
Literal
Tafsiran
Kritis dan kreatif

Kefahaman Jenis Literal:

Iaitu kebolehan memahami maksud tersurat
Penyoalan bermula dengan perkataan apakah,
Siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan dll.

Kefahaman Jenis Tafsiran:

Iaitu kebolehan membuat interpretasi.
Penyoalan bermula dengan perkataan mengapakah,
bagaimanakah, jelaskan, terangkan, bandingkan
atau bezakan.

Kefahaman Jenis kritis/ Kreatif:

Kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu
(maklumat, idea, pendapat, pandangan, dan
lain-lain). Penyoalan biasanya bermula dengan
Perkataan buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan,
apakah kesimpulan, apakah kemungkinan dan
lain-lain.

Tujuan menguji kemahiran membaca secara senyap:

Aspek paling penting dalam bacaan
senyap ialah kefahaman.
Aspek kefahaman pula bermaksud:
- memahami pemikiran penulis
- memahami bahan bertulis
- menerima komunikasi
- menyedut maklumat daripada teks

JENIS-JENIS PENGUJIAN KEFAHAMAN BACAAN SENYAP :

Penyoalan secara terbuka
Soalan aneka pilihan
Soalan pilihan benar / tidak benar
Teknik kloz
Soalan Padanan
Soalan menerangkan semula
Membuat ringkasan karangan
Mengubah petikan
Menyusun semula


Jenis Pengujian:

1. Penyoalan secara terbuka
Merupakan teknik penyoalan kefahaman bacaan yang paling lama.
Pelajar perlu menggubal ayat menggunakan bahasa sendiri.
Teknik yang mencabar daya luahan pelajar.
Memerlukan masa yang lebih lama berbanding dengan teknik yang bersifat objektif.
Biasanya digunakan semasa menjawab soalan kefahaman bacaan dan ujian formal dan diagnotik.
Perlu kepada satu skim pemarkahan yang standard.

2. Soalan Aneka Pilihan
- Merupakan satu teknik baru jika dibandingkan dengan teknik penyoalan secara terbuka.
- Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi pemarkahan dan pengukuran.
- Tidak menggalakkan daya luahan
dan penggubalan bahasa dari pelajar
- Menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan betul.

Prinsip Penyediaan Soalan Aneka Pilihan

- Arahan perlu jelas-pilih jawapan yang paling tepat.
Soalan dan jawapan padat , jelas ,tidak berbunga-bunga elak pelajar buang masa.
Setiap jawapan pilihan ditulis dengan menarik dan jawapan adalah munasabah.
Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak , elak pelajar meneka.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad

3. Pilihan Benar atau Tidak Benar
-Terdiri dari 3 bahagian iaitu:
i. Stimulus (jika ada)
ii. Pernyataan
iii. Jawapan pilihan
- Amat sesuai untuk menguji fakta
yang dipelajari.
- Bertujuan untuk menentukan sama ada
pernyataan yang diberikan betul atau
salah.

Prinsip-prinsip pembinaan Item
Betul / Salah :
Arahan jelas , sama ada perlu tanda ( / ) atau ( X )
Pernyataan hendaklah padat, jelas, tidak berbunga-bunga.
Taburan jawapan betul / salah tidak ikut sistem tertentu- elak meneka.
Aras kesukaran perlu setara –panjang , pendek hampir sama.
Sediakan bilangan pernyataan betul hampir sama
dengan pernyataan salah.

4. Teknik Kloz

- Mula digunakan tahun 1950an di Amerika Syarikat.
- Dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan
oleh Wilson Taylor (1953).
- Memerlukan seseorang pelajar memahami teks
secara am dahulu sebelum memahami secara
terperinci.
- Pelajar terpaksa mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai mengikut maksud.
- Pelajar juga perlu menggunakan isyarat linguistik dari
segi sintaksis dan semantik menurut makna perkataan
dalam kontek dan struktus sesuatu ayat.
- Sebagai alat untuk menguji kefahaman bacaan

Prinsip Pembinaan Item Kloz.
- Arahan hendaklah jelas sama ada perlu isi jawapan
dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
Pernyataan jelas, padat, tidak berbunga-bunga.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
Perkataan yang dikosongkan terdiri daripada
perkataan penting sahaja.
Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang
kosong dalam sesuatu pernyataan.
Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung
pernyataan


Soalan Padanan
- Terdiri daripada 2 set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar.
- Mungkin terdiri daripada perkataan , konsep, prinsip atau pernyataan.
- Ada perkaitan maklumat antara set 1 dan set 2
- Padanan yang mengandungi 2 set maklumat
menjadikan padanan sebagai “banyak soalan dalam
satu soalan.”


TEKNIK PEMARKAHAN:

Teknik pemarkahan menggunakan ujian kloz boleh digunakan sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah
tidak sukar dilakukan dan boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu.
Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan
Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan

Langkah 1: Pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya.

Langkah 2: Berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Ciri-ciri
Pilih petikan lebih kurang 250 pp
Guru guna nisbah 1:5 bermakna 50 item (tempat kosong)
Perkatan kelima dikeluarkan (dikosongkan)
Sek. Rendah (100-160pp),sek. Men (250-300pp)


Contoh soalan untuk pemarkahan membaca:

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan salah satu mata…………… penting
kepada murid-murid di sekolah. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat…………
badan mereka. Mereka akan sihat setelah melakukan………………
Badan mereka pun akan menjadi cergas. Oleh itu, mereka boleh belajar
dengan……………… .Pendidikan Jasmani juga turut merehatkan otak mereka. Ini kerana murid-murid banyak menghabiskan masa dengan………… di sekolah.

Cara memarkah menggunakan teknik kloz
Cara memarkah
3 markah untuk jawapan tepat (spt petikan asal)
2 markah jika perkataan sendiri
1 markah jika makna logik
0 markah jika makna tak logik/tak jawab

Cara mentafsir markaz kloz:~
150 markah (50 item x 3 markah).
Jadikan ianya dalam bentuk % iaitu: 80/150 x 100 = 53.3%

Davis & Vincent (1977)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment