RSS Feed

Friday, January 22, 2010

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

ISL MINGGU 3
TAJUK: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
TARIKH: 18/01/10-22/01/10

PENGENALAN:

Penggubalan dan pembinaan sesuatu kertas ujian haruslah mengikut spesifikasi ujian
yang telah ditetapkan.
Ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran dan
perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti dan terperinci.
Jadual spesifikasi ujian ini haruslah merangkumi enam komponen yang utama iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Ia juga harus ada tiga kriteria penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan
soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.
Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU,
membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian.
Sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar
mata pelajaran tertentu.
Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua
hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta
ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Item-item yang dibina hendaklah merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal
hingga akhir.
Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal yang mungkin..

Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu) - Presentation Transcript
1. OLEH ; ANDREW THOMAS
2. DEFINISI JSU
o Jsu- jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya.
o Rancangan persediaan item / soalan.
o Dikenali juga sebagai “ Test Blue Print” dan “test Specification”
o Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi : paksi “kandungan” (menegak) dan paksi “Aras kemahiran” (melintang”.
3. CIRI-CIRI JSU
 Kandungan ujian (topik-topik pelajaran.)
 Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan.
 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
 Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
 Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)
4. KEPENTINGAN JSU
o Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
o Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
o Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
o Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
o Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
5.
o sambungan……
o Memberi panduan untuk membentuk soalan.
o Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
o Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
o Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
6. Jadual 1 :Contoh JSU Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Kognitif Bidang/ Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4
o Asal usul BM, BM sebelum merdeka dan selepas merdeka
2 2 1.2 Linguistik BM 15 12
o Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1.3 Fonologi 20 16
o Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
3 2 1 1
o Fonem segmental
2 2 1 1 1
o Fonem suprasegmental
1 1 Jumlah 40 32
7.
o Sambungan…
o Maklumat daripada contoh tadi memberi gambaran kasar berkaitan aspek yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi 4 syarat JPU iaitu :
 Ujian tidak dibina sembarangan,
 Menimbulkan kepentingan topki dan aras kemahiran yang diuji,
 Memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan
 Memastikan kesesuaian taburan soalan berdasarkan aras dan kemahiran.
8. Langkah-langkah membina JSU Langkah 1 : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Jadual 2 : Senarai tajuk dan masa belajar Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5
o Asal usul BM, BM sebelum merdeka, dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15
o Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah , Linguistik, Diskriptif 1.3 Fonologi 20
o Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
o Fonem segmental
o Fonem suprasegmental
Jumlah 40
9. Langkah II : Tentukan soalan yang akan dibina itu.
o Tentukan soalan yang akan dibina itu.
o Soalan objektif (30 soalan)
o 1 markah bagi 1 item.
o Jumlah soalan bagi setiap topik dikra :
o = Jumlah masa x Jumlah soalan
o Jumlah Masa keseluruhan
10. Langkah III : Tentukan model aras kesukaran item
o JSU biasanya menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom.
o 3 Domain - kognitif, afektif , psikomotor
o Domain Kognitif
o 6. Penilaian Sukar
o 5.Sintesis
o 4.Analisis
o 3.Aplikasi
o 2.Kefahaman
o 1.Pengetahuan Mudah
11.
o Langkah IV
o Apakh jenis ujian yang akan diuji ?
o Ujian objektif
o Ujian struktur
o Ujian esei
o Dan lain-lain
12. Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik Jadual 3 : Bilangan soalan mengikut topik Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Belajar Anggaran Jumlah Item Jumlah Item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa melayu 5 5 x 32 40 4
o Asal usul BM, BM sebelum merdeka dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15 15 x 32 40 12
o Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1.3 Fonologi 20 20 x 32 40 16
o Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
o Fonem segmental
o Fonem suprasegmental
Jumlah 40 32
13. Langkah V :
o Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
o Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
o Pemarkahan
14. Langkah VII
o Menyatakan mata pelajaran
o Tingkatan
o Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
15. Rumusan
o Dalam penilaian, JSU memainkan peranan yang penting. Individu-individu yang terkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik yang mengajar dan ibu bapa mepunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak sesuatu ujian tersebut jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada ujian sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Konkulsinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajara, dan prosedur penilaian perlu dititikberatkan.
16.
o SEKIAN DAN TERIMA KASIH.
http://www.slideshare.net/Sanomikayo/jadual-spesifikasi-ujian-jsu

No comments:

Post a Comment