RSS Feed

Saturday, January 9, 2010

Konsep Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian

Konsep Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian


PENILAIAN.

 Definisi umum;

o Bermaksud ojektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum
penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap
bukti empirikal.
o Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap
penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
o Dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh
dipertahankan.
o Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat
subjektif, pincang dan rapuh.

 Definisi mengikut tokoh:

 Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996);

 Penilaian :
o Suatu proses membuat keputusan yang sistematik
o Melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan.
o Pengajaran dan pembelajaran di university:
= Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

 Menurut Stufflebeam (1971) ;

 Penilaian :
o proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
o Menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan”.
o Merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat
keputusan.

 Dua unsur utama dalam penilaian pendidikan:-
o Kuantifikasi - menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar.
o Kualifikasi - menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan
pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran
dicapai atau tidak.

PENGERTIAN PENTAKSIRAN DAN PENGUKURAN

 Definisi pentaksiran

o Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
o Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut.

 Pengertian Pengujian

o Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar .
o Ujian adalah alat ukur.
= Mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus.
= Mengandungi satu set tugasan berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
= Tahap penguasaan dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan.

 .Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

o Untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran di universiti.
o Bantu para guru menambah baik pengajaran.
o Matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran.
o Skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan,
kaunseling dan bimbingan pelajar.



RUJUKAN :

1. KONSEP PENTAKSIRAN
http://www.slideshare.net/ibnihakim/2a-konsep-pentaksiran-1180437

2. KONSEP PENGUJIAN, PENGUJIAN & PENILAIAN
http://www.slideshare.net/rikdidik/konsep-pengujian-pentaksiran-dan-penilaian

No comments:

Post a Comment